KAEDAH



KAEDAH PERMAINAN
PERMAINAN 1: DADU 3 NOMBOR
1)    Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.
2)    Wakil pelajar (1 orang) untuk kumpulan 1, akan melambung buah      dadu.
3)    Nombor/nilai pada dadu akan diambil sebagai kiraan jumlah pergerakan.
4)    Pelajar akan menggerakkan objek mengikut nombor yang terdapat pada buah dadu.
5)    Objek akan diletakkan pada petak mengikut kiraan nombor pada dadu.
6)    Terdapat soalan yang perlu di jawab oleh pelajar berdasarkan petak kotak tersebut.
7)    Wakil pelajar tersebut perlu menjawab soalan secara spontan. Jika jawapan yang diberikan betul,maka 3 markah diberikan. Jika wakil pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Soalan tersebut akan dibuka kepada ahli kumpulan untuk dibincangkan. Sekiranya betul, 2 markah akan diberikan. Sekiranya jawapannya salah, tiada markah diberikan.
8)    Langkah 2-8 akan diulangi oleh wakil daripada kumpulan 2.
9)    Bagi kumpulan yang berhenti pada petak “PENALTI”, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Sekiranya berjaya dilaksanakan, 5 markah diberikan. Jika gagal, 5 markah akan ditolak.
10) Bagi kumpulan yang berhenti pada petak “ULAR”, mereka akan berundur petak yang disediakan. Sekiranya   berhenti pada petak “TANGGA”, mereka akan melangkau petak yang disediakan.
11) Setiap kumpulan akan berusaha menuju ke PENAMAT sambil cuba mengumpul markah tertinggi.

PERMAINAN 2 : DART MINDA
1)    Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.
2)    Wakil pelajar (1 orang) untuk kumpulan 1, akan membidik Dart pada sebuah papan bulat.
3)    Setiap petak pada papan bulat mengandungi nombor 1,2 dan 3. Melambangkan markah yang bakal mereka perolehi.
4)    Soalan akan diberikan kepada kumpulan tersebut untuk diselesaikan.
5)    Sekiranya betul, markah akan diberikan berpandukan kepada nombor bidikan Dart yang diperolehi. Jika jawapanya salah, tiada markah diberikan.
6)    Langkah 1-5 akan diulangi untuk Kumpulan 2.
7)    Setiap kumpulan diberikan 3 kali bidikan sahaja.
8)    Markah yang diperolehi akan di catatkan.



No comments:

Post a Comment